Bahagia! Berborak Mesra, Lisa BP Hadiri Acara Jenama Mewah Bersama ‘Teman Lelaki’

Entertainment
6 May 2024 • 9:58 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas pelbagai khabar angin tular, Lisa nampaknya tidak kisah untuk muncul di umum bersama ‘kekasihnya’, Frédéric Arnault.

Baru-baru ini, Lisa telah menghadiri acara TAG Heuer x KITH yang berlangsung di Miami, Florida.

Menarik perhatian, ahli BLACKPINK itu dilihat bergambar bersama CEO untuk jenama tersebut dan juga kekasih khabar anginnya iaitu Frédéric Arnault, yang merupakan CEO iaitu LVMH Watches.

Dengan ini, ramai yang membuat spekulasi bahawa mereka hadir bersama ke majlis itu sebagai pasangan dan mengesahkan tentang hubungan mereka kepada umum.

Dalam video lain, Lisa juga kelihatan tidak segan untuk berinteraksi mesra dengan teman lelakinya itu meskipun tahu dia sedang menjadi perhatian ramai.

Alolo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.