“Kantoi Gitu Je” – Kawan Baik? Sorn Didakwa Sengaja Bongkar Hubungan Lisa BP Dengan Frédéric Arnault

EntertainmentMusic
15 Apr 2024 • 10:36 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Nampaknya, hanya keluarga dan kawan rapat yang mengetahui tentang hubungan Lisa BLACKPINK dengan Frédéric Arnault.

Baru-baru ini, Lisa telah menghadiri festival muzik Coachella di California, Amerika Syarikat, ditemani pengurusnya dan juga sahabat rapatnya Sorn, iaitu bekas ahli CLC.

Namun menerusi Instagram Story, Sorn secara tidak sengaja telah mendedahkan tentang hubungan Lisa dengan Frédéric, apabila dia memuat naik foto wanita itu dengan jelas kelihatan ukiran ‘F.A’ di sarung telefon bimbitnya, iaitu singkatan untuk nama teman lelaki khabar anginnya itu.

Meskipun hantaran itu sudah pun dipadam secepat mungkin, ramai peminat telah mengkritik sikap Sorn yang kurang sensitif dan tidak menghormati hubungan rahsia Lisa dan kekasihnya itu.

Alamak kantoi gitu je.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.