Bahagia Lepas Kahwin, Sufian Suhaimi Akui Rezeki Makin Murah – “Jiwa Pun Makin Tenang..”

EntertainmentLifestyle
20 Aug 2025 • 2:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

PENYANYI Sufian Suhaimi mengakui kehidupannya lebih tenang dan teratur selepas bergelar suami sejak Mei lalu.

Menurut Sufian, 32, banyak masa kini diluangkan bersama isteri tercinta, malah rezeki juga semakin mencurah selepas mereka mendirikan rumah tangga.

Bahagia sekarang dan lebih tenang serta kehidupan lebih teratur selepas berkahwin ni, semuanya dilakukan berdua dalam menguruskan rumah tangga.

Rezeki lepas berkahwin ni sentiasa ada dan paling rezeki tak sangka jiwa ni makin tenang.

Tambahnya, pasangan ini turut merancang untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat memandangkan usia juga sudah semakin meningkat.

Perancangan (cahaya mata) memang tahun ni kalau boleh sebab tak nak bercinta lama-lama, waktu cantik sekarang ni sebab usia pun sudah meningkat.

Nafi Isteri Hamil

Ditanya mengenai khabar angin kononnya isterinya kini sedang hamil, Sufian menafikan spekulasi tersebut.

Belum ada lagi… doakan baik-baik saja, terkejut juga sebab belum masuk episod tu lagi. Tapi saya dan isteri sentiasa bersedia dan reda sekiranya diberikan rezeki anak dalam masa terdekat.

Sufian berkata demikian kepada mStar ketika ditemui baru-baru ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA:

View Original Article