Bahana Kerjasama Dengan Penyokong Pembangkang, Mukarami Coffee Diboikot Pelanggan

Politics
20 Aug 2023 • 9:37 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Dd Chronicle - gambar Facebook

KUALA LUMPUR - Gara-gara politik, pemilik sebuah kafe dikenali sebagai Mukarami Coffee berdepan kerugian selepas premisnya diboikot penyokong Kerajaan Perpaduan.

Difahamkan, masalah itu mula timbul selepas pempengaruh yang diupah untuk mempromosikan perniagaan berkenaan secara terbuka mengisytiharkan dirinya penyokong tegar Perikatan Nasional (PN).

image is not available

Pempengaruh itu, dikenali sebagai DD Chronicle menerusi satu hantaran pula mendakwa dirinya sebagai pemilik baharu kafe terbabit.

Susulan dakwaan tersebut, laman media sosial Mukarami Coffee dibanjiri kecaman netizen, termasuk mereka yang menyifatkan pempengaruh itu bukan individu sesuai untuk mempromosikan kafe terlibat.

Kecaman dan boikot berkenaan menyebabkan pemilik sebenar Mukarami Coffee menerusi jurucakap terpaksa tampil dengan kenyataan bagi merungkai segala kekeliruan.

“Kami dengan rendah diri ingin membuat pencerahan tentang status hakmilik syarikat kami, yang beroperasi menggunakan nama ‘Mukarami Coffee'. 

“Kekeliruan muncul akibat kerjasama yang dijalankan oleh Mukarami Coffee dengan beberapa pempengaruh media sosial tempatan Julai yang lepas untuk mempromosikan outlet yang baru dibuka,” katanya.

Jelas jurucakap itu, kerjasama dan kandungan yang dicipta bagi tujuan promosi tersebut hanyalah satu hiburan ringan. 

“Mukarami Coffee tidak mempunyai sebarang pertalian atau afiliasi dengan mana-mana parti politik, pertubuhan atau orang persendirian.

“Sebagai sebuah syarikat kecil yang berkecuali, halal dan 100 peratus milik Bumiputera, Mukarami Coffee dan pemiliknya bersikap non-partisan selari dengan komitmen kami untuk menyantuni semua pelanggan dengan baik,” katanya.

image is not available

Tegas beliau, ekuiti dan hak milik syarikat dipegang sepenuhnya oleh  keluarga tanpa sebarang pegangan orang luar atau mana-mana pempengaruh media sosial.

DD atau nama sebenarnya Didi Sulaiman Rae sememangnya dikenali ramai sebagai penyokong tegar PN.

Bukan setakat tampil menyokong aktiviti PN, DD turut mengecam pentadbiran kerajaan secara terbuka, termasuk merakam lagi parodi mengejek gabungan Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN). - Getaran, 20 Ogos 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved