Syahmi Sazli & Isteri Reda Jika Diboikot Netizen Selepas Bersuara Tentang Masalah Air Kelantan

Entertainment
6 Aug 2023 • 12:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, kecoh di media sosial terutamanya di Facebook apabila pempengaruh dan YouTuber popular dari Kelantan iaitu Syahmi Sazli dan isteri, Anissa Faizul dikecam penyokong parti PAS di Kelantan selepas Anissa meluahkan pendapatnya tentang masalah air yang berlanjutan selama berpuluh tahun di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Syahmi Sazli semalam kemudiannya memuat naik video di Facebook untuk menjelaskan semula kenyataan Anissa yang telah disalah ertikan oleh sesetengah netizen Kelantan.

image is not available

Anda boleh baca artikel tentang isu tersebut di sini.

Namun, difahamkan masih ada netizen Kelantan yang tetap mengancam mahu memboikot bisnes Syahmi dan Anissa gara-gara bersuara tentang masalah air di negeri itu.

image is not available

Walau bagaimanapun, Syahmi tampil mengakui bahawa dia dan isteri redha jika perniagaan mereka diboikot penduduk negeri itu selepas kekecohan itu.

image is not available

Jika Mi dan Nissa diboikot sebab bersuara untuk kebaikan rakyat senegeri, tak mengapa, Mi redha. Yang mana masih ada bersama Mi, semoga Allah membalas kebaikan semua,” tulis Syahmi di Facebook.

Manakala Anissa juga telah memohon maaf jika kenyataan berkaitan isu air Kelantan yang disuarakannya baru-baru ini telah menyebabkan ada pihak yang kurang senang.

image is not available

Untuk pengetahuan semua, Syahmi dan Anissa mempunyai perniagaan air balang, minyak wangi dan kedai makanan pencuci mulut (dessert) di Kelantan.

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen lain dan penyokong setia video YouTube Syahmi mengatakan bahawa Syahmi dan isteri tak perlu risau kerana rezeki itu datangnya dari Allah dan bukannya dari manusia.

Rata-rata mereka juga mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini.

image is not available

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.