Bahana Parkir Tepi Jalan, Beberapa Kereta Kena Sagat Dengan Treler

LocalCars
29 Dec 2025 • 4:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Beberapa kereta rosak akibat digesel sebuah treler di  kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh, daerah Alor Gajah, Melaka, semalam.

Kejadian yang tular di media sosial menunjukkan kenderaan terbabit termasuk sebuah Perodua Alza yang parkir di bahu jalan rosak selepas dipercayai dilanggar dan diheret  treler berkenaan yang mahu memasuki laluan ke R&R itu.

Menjengah ruangan komen, kenderaan yang diletakkan di tepi jalan itu dikatakan  menghalang lori dan bas daripada memasuki kawasan tersebut. 

Keadaan ini menyebabkan kesesakan yang teruk, dan pemandu lori yang telah menunggu lebih sejam terpaksa menarik kenderaan-kenderaan itu bagi membuka laluan. Kejadian ini mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemandu lain yang terperangkap akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengguna jalan raya. See less

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes itu kini disiasat oleh Unit Siasatan Lebuh Raya (USLR) Bukit Aman.

"Kemalangan berkenaan melibatkan satu kenderaan berat jenis treler dan tiga kereta persendirian. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika dihubungi.

Beliau turut dinasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi melancarkan siasatan.