Polis Jalankan Siasatan Susulan Treler Disyaki Seret Beberapa Kenderaan Di R&R Ayer Keroh

29 Dec 2025 • 11:43 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis kini menjalankan siasatan berhubung satu insiden yang tular di media sosial melibatkan sebuah treler yang dipercayai merempuh beberapa kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh, di sini, semalam.

image is not available

Menurut laporan Belutin TV3, rakaman video serta gambar yang dikongsi pengguna media sosial memaparkan beberapa kenderaan rosak, termasuk sebuah Perodua Alza yang ketika itu diparkir di bahu jalan, dipercayai akibat dilanggar dan diseret oleh treler berkenaan ketika cuba memasuki laluan ke R&R tersebut.

image is not available

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Lebuh Raya (USLR) Bukit Aman.

“Kes ini membabitkan sebuah kenderaan berat jenis treler serta tiga buah kereta persendirian. Siasatan terperinci masih diteruskan,” katanya.

image is not available

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang andaian atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kejadian tersebut, sebaliknya memberi ruang dan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan lancar.

Sumber: Buletin TV3 (Farhana Yaacob)

The post Polis Jalankan Siasatan Susulan Treler Disyaki Seret Beberapa Kenderaan Di R&R Ayer Keroh appeared first on Borak Daily.