Baharu dilantik! PM Anwar yakin kepakaran Datuk Bandar KL majukan ibu negara

LocalPolitics
17 Nov 2025 • 11:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu, Datuk Fadlun Mak Ujud mampu memperkukuh agenda pembangunan ibu negara ke arah bandar raya lebih maju, berdaya saing dan selaras nilai Malaysia MADANI.

Anwar menerima kunjungan hormat Fadlun hari ini bagi membincangkan beberapa agenda strategik demi masa depan Kuala Lumpur termasuk usaha penyelarasan perancangan bandar secara lebih tersusun.

PM Anwar yakin kepakaran Datuk Bandar KL

Menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook rasminya, Anwar memaklumkan fokus perbincangan tertumpu empat aspek utama iaitu memperkukuh projek River of Life (ROL), merangka pembangunan lebih teratur dan mempercepat proses kelulusan di Pusat Sehenti (OSC).

Selain itu, menambah baik ekosistem pembangunan serta pelaburan bagi memastikan pihak berkepentingan terus diberi peluang ekonomi yang adil.

“Saya yakin, kepakaran profesional dan pengalaman beliau sebelum ini akan memperkukuh pelaksanaan pembangunan yang lebih mampan, seterusnya memastikan Kuala Lumpur terus melangkah sebagai ibu kota global yang berdaya saing, berdaya huni dan selaras dengan nilai-nilai MADANI,” katanya.
image is not available

Kredit Foto: UKK JPM

Artikel lain: “Kalau keadaan ekonomi baik, saya yakin kita boleh naikkan lagi gaji minimum” – PM Anwar

Anwar turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Fadlun serta menzahirkan penghargaan terhadap kesinambungan kerja baik mantan Datuk Bandar, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.

image is not available

Fadlun memulakan tugas sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur berkuat kuasa 15 November 2025, menggantikan Maimunah yang kini dilantik sebagai Penasihat Hartanah di PETRONAS.

Sumber: FB Anwar Ibrahim