“Bahasa Tubuh Tidak Boleh Menipu..” – Zul Ariffin Kembali Bercinta Dengan Bekas Kekasih?

12 Oct 2023 • 12:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon yang digilai ramai, Zul Ariffin tepis dakwaan mengatakan dirinya kembali bercinta dengan bekas kekasih iaitu penerbit terkenal, Gayathri Su Lin Pillai.

Biarpun ada menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada bekas kekasih pada April lalu, Zul tetap menidakkan bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Namun, ramai yang tertanya-tanya mengenai status hubungan mereka kerana sering kali dilihat bersama-sama apabila hadir di beberapa acara.

Mungkin mereka boleh katakan datang memenuhi jemputan sebagai kawan, tetapi bahasa tubuh tidak boleh menipu.

Menurut Kosmo, sewaktu pihak mereka hadir di pelancaran sebuah filem pada Isnin lalu, tetamu-tetamu yang ada di situ ‘menjeling’ lihat kemesraan kedua-dua individu itu.

image is not available 1 year ago

“Kalau Bercinta Pun, It's None Of Your Business” - Zul Ariffin Nafi Ada Hubungan Mesra Dengan Ruhainies