Hadir acara bersama, Zul Ariffin & bekas kekasih kembali bercinta?

12 Oct 2023 • 4:17 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kisah cinta pelakon hebat, Zul Ariffin kerap menjadi sorotan memandangkan dia masih lagi solo sehingga ke hari ini.

Sebelum ini, selebriti berkenaan pernah menafikan dakwaan bahawa kembali bercinta dengan kekasih lamanya iaitu penerbit terkenal, Gayatri Su-Lin Pillai.

image is not available

Zul Ariffin kerap terserempak bersama Gayatri

Memetik ‘gosip-gosip’ dari Kosmo! difahamkan yang pelakon itu kerap terserempak hadir bersama Gayatri dalam beberapa acara.

Boleh jadi mereka hadir sebagai seorang kawan namun bahasa tubuh mereka tidak dapat menipu mata-mata yang memandang.

Sumber juga mengatakan yang banyak mata mengerling ke arah mereka sewaktu menghadiri pelancaran sebuah filem baru-baru ini kerana masing-masing terlihat sangat mesra.

image is not available

Zul pernah berikan hadiah kereta

Pada tahun lalu, pelakon filem J Revolusi itu pernah membuat kejutan menghadiahkan kereta mewah kepada penerbit terbabit.

Menerusi video yang dikongsi Gayatri di media sosial miliknya, dia seakan hilang kata-kata kerana mendapat hadiah cukup bernilai dari sahabat baiknya itu.

Ujarnya, hadiah yang diterima merupakan satu hadiah yang cukup bermakna penah diterima olehnya.

@gaya_pillai

Thank you @zulariffin_official .. best present ever, ever, ever!!!

♬ Lift Me Up – Tyga

Apa-apa pun, jika mereka kembali bercinta pun apa salahnya. Masing-masing juga masih solo. Kita doakan yang terbaik buat mereka.

Sumber: Kosmo! TikTok gaya_pillai