Bahaya! 4000 Tesla Cybertruck Yang Terjual Dipanggil Semula, Alami Masalah Pedal Pemecut Tersekat

Cars
27 Apr 2024 • 8:54 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jenama pengeluar kereta elektrik terkemuka, Tesla mengumumkan model Cybertruck alami masalah pedal pemecut tersekat dan terpaksa memanggil semula 4,000 unit yang terjual.

Boleh jadi penyebab utama kemalangan

Menurut laporan Amanz, masalah itu terjadi apabila pelapik besi pada pedal minyak mudah tertanggal dan akan menyebabkan ia tersekat.

Ia sangat bahaya dan boleh menyebabkan kemalangan.

Menariknya, keupayaan pihak Tesla menyelesaikan masalah itu hanya dengan menggunakan teknologi purba saja iaitu dengan penggunaan rivet.

Apa itu Rivet?

Rivet akan menyambungkan dua bahagian logam dengan mudah dan pantas tapi cara ini tetap ada kelemahannya.

Sekadar info, rivet ini sebenarnya hanya sementara dan penyelesaian kekal bagi masalah yang dihadapi Cybertruck ini akan diumumkan Tesla nanti.

image is not available 2 years ago

"Kalau Tak Cukup Jam, Dianggap Berhenti!" - Tular Email Elon Musk Pada Staf, Suruh Kerja 40 Jam