Bahaya mercun bola

Health & Fitness
17 Mar 2026 • 8:00 AM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Bahaya mercun bola
Gambar: Public Health M'sia

Setiap kali musim perayaan, Jabatan Kecemasan hospital pasti akan terima kes jari hancur, tapak tangan koyak, dan mata buta. Penyumbang utamanya?

MERCUN BOLA.

Kenapa mercun bola ni LUAR BIASA BAHAYA berbanding bunga api biasa?

1. Bukan Sekadar Panas, Ia Letupan Kuat (Blast Injury)

Mercun bola tidak membakar seperti bunga api, ia meletup dengan tekanan (pressure) yang sangat tinggi. Daya letupan ini cukup kuat untuk mematahkan tulang jari, mengoyakkan otot, dan memutuskan saraf tangan serta-merta.

2. Sumbu Terlalu Pendek & Tidak Konsisten

Ramai mangsa ingat mereka "sempat baling". Hakikatnya, pembakaran sumbu mercun bola sangat tidak stabil.

Ada yang meletup di tangan sebaik sahaja dinyalakan, memberikan sifar (0) masa untuk mengelak.

3. Serpihan Meluru Laju Ke Mata

Kesan letupan menghasilkan serpihan kelongsong yang terbang selaju peluru. Jika terkena mata, ia boleh menyebabkan pendarahan dalam bebola mata atau buta kekal.

Muka juga menanggung hentakan haba yang ekstrem.

.

Raya sepatutnya sarat dengan kenangan manis berkumpul bersama keluarga, BUKAN bertukar jadi episod berdarah di bilik bedah (OT) hospital.

Tolonglah sayang anggota badan sendiri.

JANGAN PEGANG, JANGAN BELI, DAN JANGAN BENARKAN anak-anak anda main mercun bola.

Jangan tunggu satu rumah menangis meraung baru nak kata,

“Kalaulah dulu kami larang...”

Tolong SHARE amaran keras ini kepada semua ahli keluarga sekarang!

#PublicHealthMalaysia #BahayaMercunBola #KeselamatanRaya #KecederaanLetupan #PutusJari #ButaMata #CegahSebelumParah #RayaDiHospital


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.