“Bahayaa wehh” – [VIDEO] Mak Sibuk Berniaga, Netizen Bimbang Tengok Anak Kecil Merayau Sendirian

Entertainment
4 Oct 2022 • 6:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, telah tular di Tiktok mengenai sepasang suami isteri yang menjumpai seorang kanak-kanak yang sedang merayau bersendirian.

Video yang dikongsikan tersebut mencetuskan kebimbangan ramai yang risau akan keselamatan kanak-kanak itu tanpa pengawasan ibu bapa.

@eyma_damya95

Membalas kepada @SiChubbyMr.Turtleimage is not availableimage is not available Amin2 tq sis image is not available Ema pos ni bkn mengaibkan family dio ye , tapi sebagai peringatan untuk ibubapa tlg peka awasi anak2 . Tmbh2 dia xtaw gapo , tnya rumah pun xtaw mano . Xleh jawab . Byk kali doh benda2 gini terjadi depan mata ema . Xtermsuk lg petang2 budak naik basikal atas jalan besar . Kita huk tgk pun seram tau . Budak dlm 5/6/7y duk gatih sore sore image is not available

♬ bunyi asal – Eyma Damya – Eyma Damya

Difahamkan pasangan itu kebetulan lalu di kawasan tersebut sebelum terserempak kanak-kanak itu yang sedang berjalan seorang diri dan berkaki ayam di persekitaran taman perumahan.

Pada ketika itu, budak tersebut kelihatan sedang merayau-rayau di depan pagar sebuah rumah. Katanya mereka menunggu selama 5 minit di luar rumah itu, namun tiada siapa pun yang tampil ke hadapan untuk mengambil kanak-kanak tersebut.

@eyma_damya95

Membalas kepada @@NOORAKMA ata ko tok dia yang .

♬ bunyi asal – Eyma Damya – Eyma Damya

Difahamkan lelaki itu bertanyakan tentang kanak-kanak tersebut kepada jiran, pasangan itu kemudiannya mendapat tahu bahawa rumah kanak-kanak itu terletak di lorong belakang dan ibunya sedang berniaga.

Anda boleh melihat video asal di sini.

Wanita itu berkata yang tujuan dia memuat naik video tersebut adalah sebagai pengajaran kepada penjaga di luar sana agar lebih peka dengan keberadaan anak-anak mereka.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen yang melihat video ini telah memuji tindakan pasangan itu yang peka terhadap persekitaran dan prihatin terhadap kanak-kanak itu.

image is not available

Mohon semua ibu bapa dan penjaga sentiasa mengawasi anak-anak mereka!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.