“Bahayanya!” – Pelajar Sekolah Hampir Kemalangan Dikejar Anjing Liar

Entertainment
11 Dec 2023 • 5:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Anjing dikenali sebagai man’s best friend kerana sifat penyayangnya serta kesetiaan mereka, namun anjing ini boleh menjadi bahaya jika mereka tidak dilatih dan dijaga dengan betul atau dalam kata lain, anjing liar.

Diserang oleh anjing liar boleh menjadi pengalaman yang menakutkan dan traumatik, dosebabkan itu kita perlu sentiasa berhati-hati.

Terbaru, seorang pelajar sekolah hampir mengalami kemalangan ketika berbasikal gara-gara dikejar oleh sekumpulan anjing liar.

Situasi genting itu difahamkan berlaku di Pekan Kayu Ara Pasong, Pontian, Johor dan ianya sempat direkodkan oleh orang awam.

Video berkenaan tular di media sosial dan membuatkan ramai yang gerun serta risau akan keselamatan diri masing-masing.

Ruangan replies ciapan itu turut dipenuhi dengan aduan orang awam dan ramai yang bertindak tag akaun-akaun pihak berkuasa tempatan.

image is not available

Dalam pada itu, ramai juga yang bersyukur kerana pelajar lelaki itu sempat menyelamatkan diri dan tiada sebarang pelanggar berlaku.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article