Bahu bayi retak waktu bersalin, Kieda Crepe dedah tak boleh dukung sehingga sembuh

Family & ParentingLifestyle
27 Mar 2026 • 3:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Kieda Crepe, mendedahkan bayinya mengalami sedikit keretakan pada bahu selepas dilahirkan secara normal baru-baru ini di Hospital Kepala Batas.

Bahu bayi retak

image is not available

Screenshot

Menerusi perkongsian di Threads, menurut Kieda, keadaan itu hanya disedari selepas pemeriksaan X-ray, biarpun proses kelahiran berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi besar.

image is not available

“Bahu baby ada retak sikit faktor sebab dia besar. Waktu keluar smooth ja semalam tapi X-ray tadi result nampak retak tu,” ciapannya, hari ini.

Susulan itu Kieda memakluman dia perlu lebih berhati-hati dan tidak boleh mendukung bayinya buat sementara waktu setelah mendapati kecederaan ringan pada bahu ekoran bayinya sedikit berat iaitu 3.7 kilogram.

image is not available

Screenshot

“Jadi tak boleh dukung ikut dan sampai baby recover sendiri dalam 2-4 minggu ni,” jelasnya.

Dalam pada itu, Kieda turut menzahirkan penghargaan kepada pasukan perubatan yang mengendalikan proses kelahirannya, termasuk doktor dan jururawat yang banyak memberi sokongan serta kata-kata semangat sepanjang dia berada di bilik bersalin.

Artikel lain: Jangan bangga tayang makan dalam live, saya hamil pun usaha puasa – Kieda Crepe

Katanya, layanan yang diterima membuktikan hospital kerajaan kini semakin selesa dan mesra pesakit, malah suaminya juga dibenarkan menemaninya sehingga saat akhir proses kelahiran.

Walaupun berdepan situasi mencemaskan, Kieda bersyukur kerana keadaan bayinya tidak serius dan dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh beberapa minggu.

Sumber: Threads kiedx_

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved