Baidu Bakal Menawarkan Model AI Mereka Secara Sumber Terbuka

TechnologyDigital
14 Feb 2025 • 8:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

China nampaknya mula menerajui pembangunan model kecerdasan buatan secara terbuka berbanding barat. Selepas populariti DeepSeek tempoh hari, kini Baidu mengumumkan mereka akan mula menawarkan model kecerdasan buatan Ernie mereka secara terbuka bermula 30 Jun 2025 kelak.

Penawaran versi sumber terbuka tersebut dijangka selari dengan pengenalan generasi baharu untuk Ernie. Baidu sedia menawarkan perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan di China, namun penggunaannya tidak setinggi penggunaan Doubao yang ditawarkan Bytedance ataupun DeepSeek tersebut sendiri.

Dengan penawaran secara terbuka, ia dijangka akan membolehkan pembangunan lebih pantas, selain teknologi baharu tersebar lebih luas berbanding kebiasaannya. Model akan datang Baidu adalah Ernie 5, dan dijangka akan menawarkan prestasi menyaingi GPT-5 akan datang.