YouTube Mula Perkenal Ciri Janaan VIdeo Dikuasakan AI Untuk YouTube Shorts

TechnologyDigital
14 Feb 2025 • 12:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

YouTube hari ini mengumumkan integrasi sokongan janaan video dikuasakan kecerdasan buatan, melalui YouTube Shorts. Untuk tujuan ini, pihak YouTube mengintegrasikan model janaan video terkini yang dibangunkan oleh Google, dinamakan sebagai Veo 2.

Veo 2 menawarkan sokongan untuk menjana video melalui input berasaskan teks. Malah, melalui sejumlah demo dan percubaan, hasil yang dijana dilihat lebih baik berbanding penawaran lain, termasuk Sora yang disediakan OpenAI.

image is not available

YouTube mengintegrasikan ciri ini melalui kamera YouTube Shorts, dimana pengguna boleh mengakses aplikasi berkenaan, dan seterusnya memilih Green Screen, seterusnya memilih Dream Screen. Pada bahagian berkenaan, pengguna boleh input teks dan pilih imej untuk menjana video, dan kemudian gunakannya pada video YouTube Shorts anda.

Buat masa ini, ciri ini terhad untuk beberapa buah negara sahaja, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand dan Australia. YouTube menyasarkan untuk memperluaskannya secara berperingkat ke pengguna di negara lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved