Baidu Ernie AI Kini Ditawarkan Secara Sumber Terbuka

TechnologyDigital
30 Jun 2025 • 11:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Baidu hari ini mula menawarkan model kecerdasan buatan Ernie AI mereka secara sumber terbuka. Sebelum ini untuk mengakses Ernie, langganan bulanan kepada perkhidmatan Ernie Bot. Tindakan Baidu ini dilihat sebagai usaha untuk meningkatkan penggunaan dalam pelbagai aplikasi di China kerana mengurangkan kos mengakses API yang perlu dibayar oleh pembangun.

image is not available

Pengumuman menawarkan Ernie secara sumber terbuka dilakukan pada ketika Baidu mempunyai pegangan pasaran yang lebih kecil berbanding Bytedance dan DeepSeek. Sebagai contoh Ernie Bot mempunyai 23 juta pengguna berbanding Doubao oleh Bytedance yang mempunyai 87 juta pengguna.

Ekosistem Ai kini semakin dipenuhi model-model baharu yang memerlukan langganan yang mahal. Pada waktu yang sama walaupun pada harga langganan tahap T20 ini sekalipun syarikat seperti OpenAI dan xAI masih belum mampu mencatatkan sebarang keuntungan.

Model memegang pasaran besar hari ini dan menanti untuk mengaut keuntungan masa depan seperti Amazon suatu ketika dahulu menjadi pilihan majoriti syarikat AI dunia. Ini menimbulkan persoalan adakah yang menang adalah yang terbaik atau sekadar mempunyai aliran tunai yang lebih baik.