Google Menawarkan Langgan AI Pro Pada Harga RM 979.90 Setahun

TechnologyDigital
26 Jun 2025 • 2:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pelan Google AI Pro ialah nama baharu untuk pelan AI Advanced yang ditawarkan sebelum ini yang memberikan akses Gemini Pro, Whisk, NotebookLM Pro, langganan YouTube Premium dan storan awanan 2TB. Sebelum ini AI Pro hanya boleh dilanggan secara bulanan pada harga RM97.99 sebulan. Hari ini Google menawarkan langganan terus selama setahun pada harga RM 979.90. Ini adalah bersamaan penjimatan sebanyak 16% berbanding bayaran bulanan.

image is not available

Selain itu pelanggan juga boleh mengakses perkhidmatan ciri janaan video Flow menggunakan model terbaru Veo 3. Pelanggan boleh melakukan 10 janaan setiap bulan. Ini berbeza dengan pelanggan AI Ultra yang boleh melakukan janaan tanpa had menggunakan Gemini dan 125 janaan sebulan menggunakan Flow. Untuk melanggan AI Ultra, anda perlu membayar RM1229.90 sebulan dan pada ketika ini masih tiada pelan langganan bulanan.