Peruntukan kerajaan berjumlah RM8.4 juta bagi membekalkan lencana Jalur Gemilang kepada 5.14 juta pelajar mencetuskan reaksi daripada pelakon, Rita Rudaini.
Beliau mempersoalkan sama ada dana tersebut sepatutnya digunakan untuk tujuan lain yang lebih memberi manfaat langsung kepada pelajar.
Cadang tumpu kepada kemudahan sekolah
Menerusi hantaran di Instagram Story, Rita berpendapat dana besar itu lebih wajar digunakan untuk membaiki dan menaik taraf fasiliti sekolah. Antara yang dicadangkan ialah membaiki tandas, mengecat semula bilik darjah supaya kelihatan menarik dan menaik taraf kantin agar lebih selesa seperti kafe moden.
Menurutnya, kemudahan sekolah yang baik akan memberi suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan mampu meningkatkan minat murid untuk hadir ke sekolah.
Baca juga:
Kurangkan beban ibu bapa dan guru
Rita turut menyentuh isu hiasan bilik darjah yang sering menjadi tanggungan ibu bapa dan guru. Katanya, jika peruntukan disalurkan untuk tujuan tersebut, ia dapat mengurangkan beban kewangan pihak berkenaan.
Kenyataan Rita itu susulan penjelasan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, bahawa peruntukan RM8.4 juta telah disalurkan pada Februari lalu untuk membekalkan dua lencana Jalur Gemilang secara percuma kepada pelajar sekolah, Kolej Matrikulasi, Kolej Tingkatan 6 dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.
Sumber: Instagram Rita Rudaini
The post ‘Baik baiki fasiliti sekolah’ – Rita Rudaini persoal RM8.4 juta lencana Jalur Gemilang appeared first on The Reporter.


