RM8.4 juta diperuntuk bagi perolehan lencana Jalur Gemilang - KPM

LocalPolitics
12 Aug 2025 • 6:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lencana Jalur Gemilang berbentuk pin yang dibekalkan oleh kerajaan kepada para pelajar. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM8.4 juta diperuntukkan bagi perolehan lencana Jalur Gemilang kepada 5.14 juta murid dan pelajar di institusi pengajian di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Menurut KPM menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, lencana itu dibekalkan kepada murid dan pelajar di sekolah, Kolej Matrikulasi, Kolej Tingkatan Enam dan Institut Pendidikan Guru (IPG) dengan setiap orang diberikan dua lencana Jalur Gemilang secara percuma.

"Peruntukan ini telah disalurkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan institusi pendidikan yang berkenaan pada Februari 2025. Peruntukan ini diselaraskan mengikut enrolmen murid dan pelajar.

"Proses perolehan dilaksanakan oleh JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta institusi berkenaan melalui sistem e-Perolehan sama ada secara tender atau sebut harga tertakluk kepada peruntukan yang diterima," menurut KPM.

Ia bagi menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai kos ditanggung kerajaan untuk membekalkan lencana Jalur Gemilang kepada semua murid di bawah institusi pendidikan KPM serta syarikat manakah yang membekalkannya.

JPN telah diberi kebenaran untuk melaksanakan perolehan mengikut zon bagi menyegerakan proses pembekalan dan menggalakkan penyertaan lebih ramai pembekal yang layak.

Sebanyak 91 pembekal terlibat dalam membekalkan lencana Jalur Gemilang di seluruh negara.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved