“Baik derma terus dekat NGO”- Jenama Tempatan Keluarkan Koleksi Tudung & Mug Palestin Tapi Dikecam Netizen?

Entertainment
15 Oct 2023 • 10:19 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui bahawa sekarang ini penduduk di Palestin sedang menghadapi ujian yang sangat dahsyat apabila kediaman mereka dibom oleh Israel sehingga menyebabkan ribuan kehilangan nyawa dan tempat tinggal.

Kita sebagai rakyat Malaysia hanya mampu membantu dari segi doa dan menderma kepada orang Palestin agar mereka dapat meneruskan kehidupan walaupun ketika saat-saat getir ini.

Namun, sebuah jenama tudung tempatan pula dikecam oleh sesetengah netizen apabila jenama tersebut melancarkan dan mengeluarkan koleksi selendang, mug dan beg berkonsepkan bendera Palestin.

Walaupun menurut jenama tersebut, 100% keuntungan dari jualan koleksi tersebut akan didermakan kepada badan bukan kerajaan, Viva Palestina Malaysia, namun ada juga sesetengah warganet yang berpendapat bahawa idea jualan itu dilihat seperti tidak sensitif.

image is not available

image is not available

image is not available

Dalam masa yang sama, ada juga warganet yang berpendapat jualan amal seperti yang dilakukan oleh jenama tersebut tidak salah pun.

image is not available

Selain itu, ada juga netizen yang berpendapat adalah sebaiknya jika jualan amal untuk Palestin ini dilakukan dengan menjual produk-produk yang sedia ada dan bukannya koleksi seperti ini.

Ini kerana ada yang kata mereka tak sanggup nak minum air dari mug Palestin sedangkan sekarang bekalan air di Palestin telah terputus.

Namun, pihak badan bukan kerajaan, Viva Palestina yang bekerjasama dengan jenama tempatan tersebut pula mengatakan jenama tersebut sebelum ini pernah meraih sehingga RM2 juta dan sebahagian dari sumbangan itu telah digunakan untuk membeli mesin ultrasound untuk disumbangkan kepada hospital di Gaza.

Apa pula pendapat anda tentang perkara ini?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.