“Baik Lah Macam Mana Pun..” – Curi Telefon Bimbit Anak Serta Wang, Elvina Mohamad Panas Pembantu Lari Rumah

Entertainment
19 Jan 2024 • 3:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini aktres Datin Elvina Mohamad menyatakan rasa tidak senang hati apabila pembantu rumahnya telah melarikan diri dan mencuri barang anaknya yang baru berumur 9 tahun.

Curi duit dan telefon

Menurut Elvina di hantaran yang dikongsikan di Instagram, pembantunya itu telah lari dari rumah mereka dan turut membawa lari sejumlah wang dan sebuah telefon bimbit milik anak lelakinya.

Pembantu rumah saya lari tinggalkan anak lelaki umur sembilan bulan seorang diri dan telah bawa lari sejumlah wang dan Iphone anak kami.

image is not available

Sumber : Instagram  

Beri layanan baik

Tambah pelakon ini, dirinya berasa lebih kecewa lagi-lagi kerana keluarganya yang memberi layanan yang baik kepada pembantu tersebut. Kata Elvina, dia dan suami pernah menyambut ulang tahun kelahirannya meskipun sibuk bekerja. Suaminya juga sanggup memberi duit bagi membelikan telefon bimbit untuk anaknya di kampung.

Kesimpulannya, baik lah macam mana pun kalau dan pembantu rumah Indonesia ini akan tetap buat perangai.

image is not available

Sumber : Instagram  

Bukan itu sahaja, Elvina turut mendedahkan bahawa pembantunya itu tidak melakukan kerjanya di rumah meskipun tugasnya hanya perlu menjaga dan membasuh pakaian anaknya sahaja.

Bila kita tiada dirumah dan check CCTV dia duduk bertiktok, karoke dan main telefon, anak kita dibiarkan sendiri. Bila call tegur baru dia buat-buat macam ada kerja tapi mata jeling pandang CCTV.

View this post on Instagram

 

A post shared by ELVINA MOHAMAD (@elvinamohamad)

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.