
Baru-baru ini, lebih 5,000 rakyat Malaysia telah memberikan pendapat mereka tentang faktor utama yang paling penting apabila memilih rumah idaman mereka. Sebanyak 32.28% mencari rumah yang bukan sahaja harganya mampu milik, tetapi juga mempunyai nilai dalam jangka masa panjang. Sementara itu, 31.24% ingin rumah yang bukan sekadar untuk keselesaan dan moden, tetapi juga dapat memberikan jaminan keselamatan. Selebihnya, 26.37% lagi lebih menitikberatkan kemudahan dan lokasi yang berdekatan dengan tempat kerja, sekolah, dan pusat membeli-belah.
Jika anda bersetuju dengan mana-mana pilihan ini, Tujuh Residences oleh MRCB Land menepati semua kriteria ini dan merupakan pilihan yang bagus untuk memenuhi semua kehendak anda!
KDCC, Bandar Neo-Urban di Lembah Klang
Pusat Bandar Neo-Urban Kwasa Damansara (KDCC), seluas 2,257 ekar, adalah pusat bandar yang mampan dan bersepadu di mana kehidupan, bekerja, dan bersosial wujud bersama secara harmoni antara manusia dan alam semula jadi. Ia merupakan satu-satunya pusat bandar dalam seluruh perbandaran Kwasa Damansara di Sungai Buloh.
KDCC dengan bangganya mempromosikan inisiatif mampan, dimana ia memastikan penggunaan optimum sumber alam semula jadi melalui tadahan air hujan dan sistem pengedaran yang kondusif. Proses yang mesra alam ini diterapkan dalam semua bangunan di KDCC, termasuk Tujuh Residences, dimana pembinaannya mengikuti proses bangunan dan penggunaan bahan mesra alam yang efektif untuk mengurangkan kos, pembaziran, dan kesan terhadap alam sekitar.
Infrastruktur & Kemudahan Bertaraf Dunia di Tujuh Residences
Tujuh Residences adalah pembangunan kediaman pertama di KDCC, sesuai untuk pemilik rumah pertama kerana ia mampu milik dan dilengkapi dengan kemudahan yang terkini seperti kolam renang, kolam rendaman, dek yoga, kawasan BBQ, bilik permainan, dan banyak lagi untuk mengekalkan gaya hidup aktif anda serta memberi anda ruang yang mencukupi untuk meluangkan masa bersama orang yang tersayang.
Terletak di dalam perbandaran yang difasilitasi oleh ICT, Tujuh Residences memberi manfaat kepada penduduk dengan sistem keselamatan terbaik dan infrastruktur digital yang maju terdapat dalam kawasan pejabat di bandar ini. Penduduk dapat menikmati kemudahan berdekatan dengan kawasan yang mempunyai infrastruktur broadband dan wireless yang komprehensif, menjadikannya hab yang ideal untuk mereka yang menghargai gaya hidup pintar.
Dalam kawasan Tujuh Residences, anda juga dapat menikmati kawasan hijau yang luas - 25% daripada keseluruhan bandar dan infrastruktur komersial seluas satu juta kaki persegi di sekitar KDCC. Anda boleh menikmati keharmonian landskap dan bersiar-siar dengan tenang di laluan pejalan kaki yang luas, atau berbasikal di laluan basikal pada waktu petang bersama kawan-kawan dan keluarga anda.
Berdekatan dengan MRT, Sekolah, Pusat Beli-belah & Lebuhraya DASH
Sistem ketersambungan yang sistematik dan berlapis dirancang dengan baik menjadikannya ia sangat mudah untuk pergi ke mana-mana dalam Lembah Klang dengan menggunakan 2 stesen MRT dan lebuhraya utama seperti Lebuhraya DASH. Pelbagai institusi pendidikan seperti Sekolah Antarabangsa HELP, Universiti SEGi, dan Sekolah Antarabangsa British Kuala Lumpur yang terletak berdekatan dengan KDCC, menjadikannya sangat mudah untuk pelajar berulang-alik dari rumah ke sekolah dan sebaliknya.
1 Utama, Sunway Giza Mall, dan The Curve juga boleh diakses lebih kurang dalam 15 minit dari Tujuh Residences! Di dalam KDCC juga terdapat pusat beli-belah yang saling berhubung, pejabat korporat, dan ruang komersial yang akan memberikan lebih banyak pilihan makan dan beli-belah pada masa akan datang . Selain itu, terdapat juga hub komersial yang akan dibuka pada tahun 2025, dengan jenama yang terkemuka seperti Starbucks, Jaya Grocer, dan KFC. Ia menjadikan kawasan ini selesa dan mesra penduduk.
Empat Jenis Kediaman yang Kontemporari
Untuk fasa pertama Tujuh Residences, terdapat empat susun atur berbeza dari 550 kaki persegi sehingga 909 kaki persegi untuk memenuhi dinamik keluarga dan gaya hidup yang berbeza. Unit Dwi Kunci Tujuh Residences dengan 2 Bilik Tidur + 2 Bilik Mandi dan 1 Studio + 1 Bilik Mandi adalah pilihan yang terbaik untuk mereka yang ingin mempunyai ruang kerja di rumah atau mempunyai ahli keluarga yang datang menginap sekali-sekala. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai reka bentuk dan jenis rumah.
Tujuh Residences merupakan ruang kediaman anggun dan kontemporari yang menyatukan elemen alam semula jadi dan bandar. Ia sesuai untuk pasangan muda, pengantin baru, dan profesional muda yang inginkan kediaman yang tenang dengan kebolehcapaian sesebuah bandar. Tujuh Residences adalah satu daripada enam bangunan kediaman di KDCC. Bayangkan tinggal di lokasi utama Pusat Bandar Kwasa Damansara (KDCC).




