“Baik minta cerai kalau tak serasi daripada gaduh berbunuh” – Abby Abadi kongsi tips rumah tangga

Family & ParentingLifestyle
22 Jun 2026 • 2:31 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Abby Abadi tampil memberikan pandangannya mengenai isu perceraian dalam rumah tangga selepas membalas satu hantaran pengguna Threads yang mempersoalkan tindakan isteri memfailkan perceraian terhadap suami.

Minta cerai kalau tak serasi

Image from: “Baik minta cerai kalau tak serasi daripada gaduh berbunuh” – Abby Abadi kongsi tips rumah tangga

Menerusi hantaran di Threads, seorang lelaki sekadar berkongsi pandangan mengenai situasi pada akhir zaman  yang agak membimbangkan apabila menyaksikan isteri diberi kuasa untuk menceraikan suami dan perkara itu dibenarkan di sisi undang-undang.

Image from: “Baik minta cerai kalau tak serasi daripada gaduh berbunuh” – Abby Abadi kongsi tips rumah tangga

“Akhir zaman ni, umat dia punya power sampaikan isteri yang ceraikan suami. And that’s legal,” tanya lelaki itu.

Membalas kenyataan itu, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berpendapat perceraian bukanlah sesuatu yang perlu dilihat secara negatif sekiranya hubungan suami isteri sudah tidak lagi dapat diselamatkan.

Menurut Abby, perpisahan kadangkala menjadi jalan terbaik berbanding pasangan terus memendam perasaan sehingga menimbulkan kebencian dan konflik yang lebih besar.

Image from: “Baik minta cerai kalau tak serasi daripada gaduh berbunuh” – Abby Abadi kongsi tips rumah tangga

“Lagi baik minta cerai dik kalau dah tak serasi….dari pendam sampai jadi benci, bergaduh sampai berbunuh.. baik menjauhhh kalau itu lebih menjaga emosi,” tulisnya ringkas.

Kenyataan tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, dengan sebahagian bersetuju bahawa perceraian boleh menjadi pilihan terbaik apabila sesebuah perkahwinan gagal mencapai persefahaman dan hanya mendatangkan tekanan emosi kepada kedua-dua pihak.

Artikel lain: Abby Abadi pesan kahwin bukan ikut hawa nafsu – “Zaman sekarang gaji RM15K, kejap je habis”

Untuk rekod Abby Abadi juga pernah bercerai bersama pelakon Norman Hakim setelah mendirikan rumah tangga pada tahun 2002 dan berpisah pada 18 Disember 2008.

Selepas itu, Abby mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015 dan perkahwinan tersebut kekal hingga hari ini.

Sumber: Threads abbyabadi_112

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved