Baik Pulih Jalan Gua Musang-Jeli Bakal Siap Hujung Bulan Ini

17 Nov 2025 • 9:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kerja-kerja membaik pulih di  Kilometer 11.95 Jalan Gua Musang-Jeli, Kelantan yang terjejas dengan kejadian lubang benam dan tanah runtuh  dijangka siap hujung bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Gua Musang, Mohd Roshdi Ismail, berkata dia sudah dimaklumkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai kejadian lubang benam yang berlaku di kawasan itu, namun sudah diatasi oleh pihak kontraktor yang sentiasa bersedia di kawasan itu.

"Saya difahamkan terdapat kerja-kerja membaiki pembetung sedang dijalankan di situ yang menyebabkan berlakunya lubang benam. Namun, JKR dan kontraktor sentiasa bersedia untuk tindakan segera sekiranya berlaku kejadian lubang benam.

"Saya juga dimaklumkan kos untuk membaiki jalan dan pembetung di lokasi itu sebanyak RM700,000," katanya yang juga Ketua Jajahan Gua Musang dan menambah jalan itu kini hanya boleh diguna satu lorong sahaja kepada semua kenderaan.