Baik pulih runtuhan tebing sungai Taman Bukit Serdang legakan penduduk

11 Sep 2024 • 2:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 11 SEPT: Projek baik pulih runtuhan tebing sungai berhampiran Taman Bukit Serdang, Seksyen 8, Seri Kembangan dijangka selesai sebelum akhir tahun ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Kembangan Wong Siew Ki berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memperuntuk RM45,000 bagi membaiki paip bawah tanah dan runtuhan di tebing berkenaan.

“Projek ini melegakan penduduk di kira-kira 100 kediaman sekitar yang sebelum ini bimbang keselamatan anak-anak terutama ketika bermain di taman permainan berhampiran.

“Jadi ahli majlis kawasan ambil maklum, buat aduan kepada pihak berwajib dan baik pulih kini dalam proses. Kita harap boleh selesai cepat sebelum akhir tahun,” katanya ketika dihubungi.

Siew Ki berkata pihaknya mengambil serius aduan dibuat penduduk terutama jika ia berkait soal keselamatan.

“Soal keselamatan tiada kompromi, jadi jika penduduk buat aduan kita akan siasat dan segera ambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Terdahulu, beliau meninjau projek membaiki runtuhan di tebing sungai berkenaan bersama Ahli Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Tey Boon Kiat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved