"Baik Yang Bagi Dan Menerima Sama Je Haram!" - UAI Perjelas Isu Rakyat Terima 'Bantuan' Duit Menjelang PRN

Politics
11 Aug 2023 • 4:28 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Individu yang memberi dan menerima duit supaya mengundi seseorang calon adalah berdosa dan perbuatan tersebut jelas bertentangan dengan agama Islam.

image is not available

Menjelaskan perkara itu, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, perbuatan tersebut termasuk dalam kategori rasuah dan individu yang mengamalkan rasuah tempatnya adalah di dalam api neraka.

Ujar Azhar, semua pihak tidak terkecuali dalam hukuman itu termasuklah wakil rakyat, pemimpin parti politik, perdana menteri atau pun raja-raja.

image is not available

“Yang tukang bagi pitis (duit) untuk rasuah, yang tukang makan (penerima) rasuah semuanya dalam neraka. Tidak kira siapa agong, sultan, menteri atau wakil rakyat.

“Kalau sesiapa rasuah dalam api nerakalah tempatnya. Ini bukan ustaz, maulana atau syeikh kata, ini Nabi yang bagitau,” katanya dalam satu sesi ceramah baru-baru ini.

Mengulas lanjut Azhar berkata, cara terbaik sebelum mengundi untuk memilih calon wakil rakyat perlulah di buat solat Istikharah kerana Allah tidak akan menipu kita.