“Kena Pindah Rumah Baru, Kami Perlu Bekerja Keras” – Dini Schatzmann Akui Duit Banyak Habis Lepas Berkahwin

10 Aug 2023 • 10:39 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penjam cilik penjam cilik, sudah dua bulan pasangan selebriti, Janna Nick dan Dini Schatzmann mendirikan rumah tangga bersama.

Difahamkan, pada sekitar penghujung bulan ini, pasangan tersebut bakal berpindah ke rumah baru yang dibeli di kawasan Kuala Lumpur.

Kata Dini, kini dia serta isteri perlu lebih bekerja keras mencari duit kerana sudah terlalu banyak duit digunakan untuk majlis perkahwinan yang dilangsungkan pada Jun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dini Schatzmann (@dinischatzmann)

Fokus sekarang, selain berpindah ke rumah baharu, saya dan Janna perlu bekerja keras sebab duit dah banyak keluar ketika berkahwin.

Menurutnya lagi, antara sebab mereka perlu bekerja keras mencari duit kerana mungkin di masa akan datang dikurniakan cahaya mata, jadi ia sememangnya memerlukan duit.

Dalam pada masa yang sama, Dini yang ditemui oleh pihak wartawan sewaktu sidang media Malbatt: Misi Bakara turut berkata kehidupannya selepas bergelar suami masih seperti sebelum ini dan tiada yang berubah.

Sekadar info, Janna Nick dan Dini Schatzmann disatukan pada 10 Jun lalu di sebuah majlis tertutup yang diadakan di Masjid Aisyah, Pulau Langkawi, Kedah.

image is not available 2 months ago

Majlis Resepsi Ala Barat, Ramai Segan Janna Nick Jemput Ustaz Wadi Annuar - "Dengan Baju Tak Cukup Kain.."

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved