"Bainun 2.0"! Tergamak Seorang Wanita Memukul Anak Kecil Dengan Batang Penyapu!

Entertainment
22 Jul 2022 • 11:52 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Viral, satu video TikTok yang agak mengejutkan. Klip video tersebut memaparkan seorang wanita sanggup memukul seorang anak kecil yang kelihatan sedang makan dalam ketakutan.

@theaqil7

⚠️CHILD ABUSE⚠️ tolong gunakan kuasa korang !!!

♬ original sound - AQIEL

Video tersebut ternyata membuat netizen berang dan marah. Wanita itu sebelum ini pernah berkongsi video di TikTok yang menunjukkan beliau meluangkan masa bersama anak kecil tersebut. Ternyata semua itu lakonan sahaja. Maklumat awal mengatakan anak kecil itu merupakan anak angkatnya.

Lebih mengejutkan, video susulan dari theaqil7 menunjukkan keadaan semasa anak kecil tersebut. Jelas terdapat beberapa kesan pukulan seperti bengkak di beberapa anggota badan dan juga muka.

Difahamkan kejadian ini telah berlaku di Eco Majestic Semenyih. Anak kecil itu telah diselamatkan oleh pihak polis manakala wanita tersebut telah ditahan. Walau bagaimanapun, orang ramai berharap agar kes ini tidak dilepas pandang dalam memastikan situasi seakan Bella tidak lagi berulang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved