Bajet 2023 dibentang Februari ini - PM

LocalPolitics
20 Dec 2022 • 11:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan peruntukan khas (Bajet Mini) sempena Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, pada Selasa. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan Malaysia akan membentangkan semula Bajet 2023 yang lebih baik demi kesejahteraan rakyat dan memperkukuh prestasi ekonomi pada Februari depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bajet itu akan dibentangkan sendiri olehnya nanti.

“Seiring dalam usaha menangani cabaran kos sara hidup yang kian meningkat, kerajaan akan mengambil pendekatan yang lebih bersasar bagi melindungi rakyat susah serta pengusaha kecil dengan mengurangkan ketirisan subsidi kepada golongan mahakaya dan syarikat gergasi yang meraih keuntungan yang banyak.

“Sistem perlindungan sosial juga akan diperkukuh bagi melindungi golongan rentan dan mudah terjejas, termasuk golongan pekerja informal,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat pada Selasa.