Bajet 2023 iktiraf peranan wanita, keluarga

9 Oct 2022 • 1:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Intipati Bajet 2023 yang memberikan peruntukan serta inisiatif kepada wanita dan keluarga disifatkan sebagai bajet yang mengiktiraf peranan golongan ini.

Exco Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mizma Appehdullah berkata, bajet yang dibentangkan pada Jumaat lalu merupakan berita gembira kepada golongan wanita yang merupakan tulang belakang pembentukan sesebuah keluarga.

Mizma berkata, bajet yang diumumkan selaras dengan tema ‘Keluarga Malaysia’ dimana, bajet yang diumumkan merangkumi semua golongan serta menjurus kepada kebaikan wanita dan keluarga.