Bajet 2024: RM20 juta bina Fakulti Kecerdasan AI di UTM

LocalPolitics
13 Oct 2023 • 6:27 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan penubuhan pusat pengajian kecerdasan buatan pertama negara iaitu Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan peruntukan awal RM20 juta bagi memperhebat penerokaan bidang tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia perlu bergerak pantas untuk menerajui bidang tujahan masa hadapan selari dengan ledakan transformasi digital global.

“Inovasi dan bakat digital perlu diperkasakan khususnya dalam bidang AI bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mampan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan memperuntukkan RM5 juta untuk manfaat untuk manfaat 5,000 komuniti tumpuan di 105 kolej komuniti di seluruh negara.

Menurutnya, kerajaan akan terus merakyatkan ilmu dengan menggalakkan komuniti rentan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli, ibu tunggal dan warga emas mengikuti Program Pembelajaran Sepanjang Hayat di kolej komuniti.

“Bagi meningkatkan tahap sosioekonomi dan mendaya upaya usahawan setempat, kerajaan turut menyediakan RM1 juta kepada setiap universiti awam untuk memperhebat pelaksanaan Program Pengupayaan Komuniti Madani dan Program Pemulihan Dalam Komuniti OKU,” katanya. – 13 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved