"Baju Kahwin Dah Siap Tiga Tahun Lepas" - Shiha, Arul Usaha Kahwin Tahun Ini, Enggan Tabur Janji Manis Kepada Peminat

13 Jun 2024 • 10:25 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

15 tahun menjalinkan hubungan cinta, penyanyi Shiha Zikir dan kekasihnya, Arul Arifin Baharun akui sudah bersedia untuk berumah tangga.

Enggan memberikan janji manis kepada peminat, jelas Shiha, 37, dia dan pasangan masih menunggu waktu sesuai untuk melangkah ke fasa berikutnya.

"Saya okay sahaja kalau jodoh tu sampai cepat tapi ada sahaja perkara lain yang saya perlu fokus dulu.

"Baju kahwin kami dah siap tiga tahun lepas dah sebenarnya, tapi sebab dah lama sangat nanti kahwin buat yang baharu sajalah.

"Tapi bila tanya fasal kahwin saya risau nak jawab sebab takut orang akan jemu dengan jawapan saya, tapi memang tiada jawapan lain melainkan kami sedang tunggu waktu yang tepat," katanya kepada Gempak.

Shiha berkata demikian ketika ditemui semasa pelancaran kedai makan Shiha Zikir Nasi Ayam bertempat di Shah Alam, Selangor pada Rabu.









View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved