“Baju selalu tak ‘tuck in'” – Hannah Yeoh Cerita Perangai Joe Flizzow Zaman Sekolah

Entertainment
1 Mar 2024 • 1:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Zaman sekolah menengah antara zaman yang mempunyai banyak kenangan manis dan pahit, dekat situ lah kita baru belajar untuk ‘kenal dunia’. Buat yang aktif dalam sukan atau ko-kurikulum pasti ada banyak lagi kenangan yang tidak akan boleh dilupakan.

Satu klip video tular di aplikasi TikTok yang memaparkan sedutan dari dokumentari mengenai artis Hip Hop tersohor tempatan iaitu Johan Ishak atau lebih dikenali sebagai Joe Flizzow.

Dokumentari yang berjudul This Is Johan itu ditayangkan di laman penstriman Viu dan klip yang tular itu ialah apabila salah seorang yang ditemu ramah bagi menjayakan dokumentari tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Dalam klip tersebut, Hannah Yeoh menceritakan Joe Flizzow merupakan seorang pelajar yang sedikit ‘berbeza’.

“Uniform dia (Joe Flizzow) selalu sedikit berbeza dari yang lain, dia pakai seluar baggy, baju selalu tak tuck in.

Sebagai ketua pengawas saya selalu tegur dia dan memperbetulkan cara pemakaiannya,” kongsi Hannah.

Dalam potongan klip itu, Joe seakan membalas kenyataan Ahli Parlimen Segambut itu dengan berkata bersikap nakal itu tidak mengapa asalkan tidak bertindak jahat.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberitahu kedua-dua ikon itu merupakan alumni Sekolah Menangah Kebangsaan Subang Utama, Selangor.

Min baru tahu dorang satu sekolah!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved