Bak Pintasan Saloma, Habib Lakar Keindahan Malaysia Sempena Hari Merdeka

27 Aug 2022 • 4:30 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Koleksi Gelora iaitu koleksi emas yang diilhamkan oleh Pintasan Saloma. - Gambar dari Habib Jewels

Sempena menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65, Habib berbangga mengangkat ‘Keindahan Malaysia’ sebagai tema kempen bulan kemerdekaannya pada tahun ini. 

Istimewanya Merdeka tahun ini, Habib menjanjikan kelainan menerusi koleksi emas keluaran terbaharunya bagi menyemai semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. 

Sehubungan itu, Habib melancarkan Koleksi Gelora iaitu koleksi emas yang diilhamkan oleh Pintasan Saloma. 

Koleksi ini hadir dalam emas 750 berona kuning atau merah mawar emas dan diikat kemas dengan butiran berlian. 

Koleksi Gelora seolah-olah menterjemahkan kisah pelayaran 64 tahun Habib dalam melintasi jambatan harfiah yang menghubungkan antara era lama dengan era baharu.

Menariknya, Habib turut melancarkan koleksi Syiling Wafer Emas 999 dengan rekaan tiga bangunan ikonik dan bersejarah.

image is not available
Koleksi Syiling Wafer Emas 999 dengan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Antaranya, Bangunan Sultan Abdul Samad, Parlimen serta Menara Berkembar Petronas yang mempunyai nilai-nilai sentimental dan kenegaraan.

Seiring dengan tema ‘Keindahan Malaysia’, setiap rekaan syiling ini mempunyai kisah penceritaannya yang tersendiri dan menjadikan koleksi tahun ini lebih eksklusif dan unik.

Tambah istimewa, syiling emas edisi terhad Merdeka ini dipersembahkan pula dalam bentuk buku dengan lakaran seni bina bangunan-bangunan bersejarah tersebut dalam bentuk 3D.

image is not available
Koleksi Syiling Wafer Emas 999 dengan rekaan bangunan Parlimen.

Menurut Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer, Malaysia merupakan sebuah negara bertuah yang kaya dengan sejarah dan struktur bangunan yang ikonik. 

“Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi saksi pengisytiharan kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957. Parlimen Malaysia pula menjadi simbol perpaduan dan demokrasi berparlimen.

“Tidak dilupakan, Menara Berkembar Petronas yang berketinggian 452 meter itu dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 1999 dan masih menjadi menara berkembar tertinggi di dunia,” ucapnya. 

image is not available
Koleksi Syiling Wafer Emas 999 dengan rekaan Menara Berkembar Petronas.

Sebagai pelengkap sambutan, Habib turut menampilkan tiga duta berbilang bangsa yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.

Mereka adalah usahawan wanita muda, Tahenee Shauki dan dua finalis Miss Universe Malaysia 2022  Joann dan Kasshvini. - Getaran, 27 Ogos 2022