Bakal bersara Jun ini, PTU tunai janji ke Russian Knights terbangkan Su-30MKM

22 May 2025 • 4:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Panglima Tentera Udara (PTU), Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan tunai janji kepada pasukan aerobatik ternama, Russian Knights, apabila tampil menerbangkan sendiri pesawat Sukhoi Su-30MKM semasa Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25).

image is not available

PTU tunai janji kepada Russian Knights

Memetik laporan dari Kosmo! tindakan yang dilakukan oleh beliau itu bukan sahaja menunaikan janji, malah mencipta sejarah sebagai PTU pertama yang menerbangkan pesawat tempur berkenaan dalam persembahan rasmi memandangkan ia sesuatu yang jarang dilakukan oleh pegawai tertinggi sepertinya.

Saya melihat ada banyak rakan sejawatan yang masih terbang, jadi saya mengambil keputusan untuk menerbangkan pesawat tersebut kali ini.
“Saya juga akan bersara pada Jun nanti, jadi saya nak guna masa itu dengan sebaiknya,” katanya selepas persembahan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi.

image is not available

PTU tunai janji, terbangkan Sukhoi Su-30MKM sebanyak 2 kali

Tan Sri Asghar Khan menerbangkan pesawat Sukhoi tersebut sebanyak dua kali, termasuk ketika pertunjukan udara pada hari pertama dan ketiga LIMA’25, menggunakan pesawat Toruk Makto yang menarik perhatian ramai dengan rekaan Jalur Gemilang.

Beliau turut menjelaskan bahawa keputusannya menerbangkan pesawat turut dipengaruhi faktor kekurangan pasukan aerobatik antarabangsa pada pameran kali ini.

“Salah satu sebab saya turut terbang adalah disebabkan kita kekurangan pasukan aerobatik,” katanya secara berseloroh.

image is not available

Beliau juga menyatakan sambutan LIMA’25 berjalan dengan baik, dengan penyertaan pempamer yang menggalakkan, meskipun terdapat kekangan dari segi kehadiran pasukan luar berikutan situasi semasa di rantau ini.

Difahamkan, beliau akan bersara pada Jun ini selepas 42 tahun berkhidmat dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Tindakan yang dilakukan beliau bukan hanya sekadar simbolik tetapi menunjukkan komitmen dan semangat seorang pemimpin angkatan udara yang menamatkan kerjaya dengan penuh bermakna dan berprestij.

Sumber: Kosmo! (Nur Amalina Azman)