Bakal Buat Persembahan Tanpa Bayaran, Mohamad Sabu Dedah Dah Lama Berkawan Baik Dengan Ibu Hetty

Entertainment
28 Apr 2025 • 3:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi terkenal, Hetty Koes Endang bakal memeriahkan Majlis Sambutan Aidifitri 2025 anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hari ini.

Perkara itu didedahkan oleh menterinya, Mohamad Sabu menerusi status Facebook. Beliau menjelaskan bahawa beliau ada terima panggilan daripada pelatun lagu Kasih dan suaminya untuk tawaran tersebut.

Kata Mohamad Sabu, Hetty Koes Endang atau lebih mesra dengan panggilan Ibu Hetty itu sudi untuk menyanyikan beberapa buah lagu. Malah Mohamad Sabu turut mendedahkan bahawa Ibu Hetty dan suami merupakan sahabat lamanya.

“Lebih menggembirakan, Ibu Hetty juga sudi untuk menyumbangkan beberapa buah lagu di majlis tersebut tanpa sebarang bayaran dan ia satu penghargaan yang amat kami hargai.”

Jelasnya lagi, setiap kali beliau ke Jakarta, rumah Ibu Hetty merupakan destinasi persinggahan utamanya. Perkara yang sama juga turut dilakukan apabila Hetty tiba di Kuala Lumpur.

Dengan tawaran tersebut, Mohamad Sabu memberikan ucapan penghargaan kepada Hetty dan suaminya atas kesudian mereka untuk memeriahkan majlis berkenaan.

Menurut Astro Awani, Majlis Sambutan Aidilfitri 2025 KPKM 2025 tersebut dijadualkan berlangsung bermula jam 11 pagi di Dewan D2 Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.