Bakal Diadakan 2 Hari Lepas Maulidur Rasul, Netizen Gesa Konsert Viral Lagu TikTok Dibatalkan

Entertainment
24 Aug 2023 • 4:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah konsert bertemakan lagu-lagu yang tular di TikTok bakal diadakan di Pulau Pinang pada 30 Septermber ini yang menampilkan artis dari Malaysia dan Indonesia seperti Baby Shima, Ayu Rara serta Febioala.

Tiket konsert yang bakal diadakan di Dewan Millenium, Kepala Batas itu berharga RM199 & RM299.

Pun begitu, ramai penduduk setempat menggesa Majlis Bandaraya Seberang Prai (MBSP) membatalkan konsert berkenaan kerana dikatakan tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul pada 28 September, dua hari sebelum konsert berkenaan.

image is not available

Dalam laporan Kosmo!, Timbalan Ketua Menteri 1, Prof. Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata konsert berkenaan telah mendapat bantahan penduduk setempat.

“Kerajaan negeri mengambil maklum mengenai konsert Viral Lagu TikTok yang dijadual berlangsung pada 30 September 2023, di Dewan Millenium, Kepala Batas.

Selaku Exco Pembangunan Agama Islam, saya telah meminta pihak berkuasa tempatan MBSP untuk membatalkan kelulusan konsert berkenaan,” katanya.

Beliau yang juga Exco Pembangunan Agama Islam itu memberitahu setempat telah pun mengemukakan bantahan rasmi mereka kepada Datuk Bandar.

Tak kena dengan tempat kot kan?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.