Bakal Didakwa Atas Kes Hantaran Jelik, Adeline Chang Tiba Di Mahkamah Dengan Alice

Entertainment
24 Oct 2024 • 11:08 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sering terpalit dengan pelbagai kontroversi di media sosial, salah seorang daripada adik beradik Chang, Adeline difahamkan akan didakwa di mahkamah hari ini atas kesalahan membuat hantaran jelik terhadap seorang kanak-kanak pada Jun lalu.

Menurut Guang Ming Daily, Adeline yang datang bersama Alice Chang dengan menaiki e-hailing tiba di mahkamah pada jam 8.37 pagi untuk kes tersebut.

image is not available

Sebaik tiba, Adeline dilihat bergegas ke kaunter mahkamah untuk bertanyakan mengenai maklumat lanjut, manakala Alice pula dilihat bercakap dengan wartawan.

Agak mengejutkan apabila dilaporkan Alice tiba-tiba mendedahkan yang dia kini sedang hamil, namun enggan memberikan sebarang butiran lanjut mengenai hal itu.

Terdahulu, pada 23 Jun lepas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan kerjasama PDRM telah merakam percakapan seorang individu yang juga pemilik akaun Facebook ‘Adeline Chang’ di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, berhubung hantaran jelik terhadap seorang kanak-kanak.

MCMC memaklumkan rakaman percakapan itu susulan aduan yang diterima suruhanjaya berkenaan terhadap ‘Adeline Chang’ yang dipercayai memuat naik gambar seorang kanak-kanak berserta kapsyen bersifat jelik.

image is not available

Mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, jika sabit kesalahan, wanita berkenaan boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.