Bakal Dikuatkuasa: Bas, Lori Tak Boleh Guna Lorong Kanan

LocalCars
18 Mar 2025 • 3:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kerajaan bakal mengharamkan kenderaan berat, termasuk lori dan bas yang melalui lebuh raya daripada menggunakan lorong kanan.

Sebaliknya, kenderaan berat hanya boleh kekal di lorong paling kiri kecuali memotong.

Itu antara lima langkah penambahbaikan yang akan dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) membabitkan peraturan lebih ketat bagi kenderaan perdagangan, iaitu lori dan bas.

Penambahanbaikan peraturan lain ialah mewajibkan pemasangan alat kawalan kelajuan, pemasangan alat Sistem Kedudukan Global (GPS), alat pengesan muatan High Speed-Weigh in Motion (HS-WIM) di 11 lokasi lebih raya dan penambahan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

image is not available

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran Muniayan, berkata peraturan melarang bas dan lori berada di lorong paling kanan sebenarnya sudah diwartakan pada 2015, namun belum dikuat kuasakan lagi.

image is not available

"Di bawah peraturan ini, lori atau bas mesti kekal di lorong kiri dan tidak boleh dipandu laju. Jika ingin memotong, ia dibolehkan bertukar ke lorong kedua dan kembali semula ke kiri.

"Namun, mereka sama sekali tidak boleh berada di lorong ketiga pada bila-bila masa. Justeru, kita akan usulkan semula perkara ini kepada menteri supaya dapat dikuatkuasakan membabitkan kenderaan berat di lebuh raya," katanya dalam temu bual bersama BH.