
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Beberapa bulan lalu, ada sahaja berita melibatkan kenderaan besar seperti bas, lori muatan berat dan treler yang didakwa menjadi punca kemalangan.
Insiden sebegitu nyata menjadi perhatian ramai apatah lagi kebanyakannya melibatkan nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Walaupun telah beberapa kali diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan memastikan kenderaan selamat untuk digunakan namun ada segelintir pemandu yang dilihat mengabaikan perkara tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Lori Mengundur Hingga Rempuh Honda City Gara-Gara Tak Tarik Handbrake Dengan Kemas [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lori Tangki Minyak Terbalik Di Karak Akibat Masalah Brek, Pemandu Terselamat [Video]
Treler Bawa Blok Batu Tanpa Penghadang
Baru-baru ini, tular di media sosial video sebuah lori treler membawa muatan yang terdiri daripada beberapa buah blok batu.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang wanita di TikTok @ suraidahyacob78, kelihatan lori berkenaan sedang bergerak menyusuri sebuah jalan raya di ibu kota.
Apa yang menjadi perhatian adalah tiada penghadang yang menghalang blok batu tersebut di bahagian kiri, kanan dan belakang lori.
“Eee seram lalu sebelah lori ni, tiada penghadang di situ, karang tak sempat berbuka wei,” dakwa pengguna berkenaan pada kenyataan dalam video.
Malah, melalui perkongsian tersebut, kedengaran wanita itu yang secara kebetulan melalui jalan yang sama turut meluahkan rasa takut apatah lagi ketika kenderaannya memintas kenderaan besar berkenaan.
“Ish awak ini. Besar batu macam ni tak berikat ye, takut,” katanya.
Wanita Dakwa Lori Dipandu Laju
Dakwa wanita itu lagi, lori treler itu dipandu laju hingga menyebabkan dia risau melihat keadaan tersebut apatah lagi menurutnya blok batu itu dibawa tanpa penghadang dan tidak diikat.
“Adoi seriau lalu sebelah lori yang macam ni. Dahlah kemain laju kau kan lepas tu bawa barang takde penghadang.
“Aiyo saya tidak tahu berkaitan Fizik tapi nampak merbahayakan? Kau rasa?!” tulisnya di ruangan kapsyen.
Adoii seriau lalu sebelah lori yg mcm nih.. dahlah kemainnn laju ko kannn pastu bawak barang takde penghadang.. aiyoo i dunno physic kind of things .. but it looks dangerous kan.. .. ko rasa??!! #jpjmalaysia #malaysiaku #pikirkanorglainjuga #lorigila #kejartrip
Tonton video penuh [DI SINI]
Pengguna Media Sosial Beri Pendapat Masing-Masing
Video yang telah mendapat lebih dua juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri sebaik melihat video tersebut.
Ada yang mengaitkan keadaan itu dengan hukum inersia yang mana objek akan kekal dalam keadaan asal atau pegun pada gerakan kelajuan yang seragam sekiranya tiada daya luar yang bertindak ke atas objek tersebut.
Namun, ramai yang menolak dakwaan itu dan beranggapan keadaan sedemikian tetap membahayakan pengguna lain.
Tidak kurang juga ada yang mahu perbuatan pemandu lori itu dilaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan dapat diambil.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Korang Pernah Dengar Tak Pasal Inertia”

“Yang Komen Inertia Batu Tu Akan Static Kalau Lori Brek, Yelah, Kalau Tak Kemalangan Lagi”

“Yang Komen Bahaya Ni, Budak Kelas Belakang Waktu Sekolah Menengah, Kelas Tak Ambil Fizik”

“Inertia Ke, Sains Ke, Matematik ke, Pernah Dengar Tak Malang Tak Berbau?”

“Bahaya Tu Bergantung Kepada Pemandu, Kalau Dia Tekan 110KM, Batu Tu Ada Potensi Untuk Jatuh”

“Tak Ada Safety Langsung, Bahaya Betul”

Baca Artikel Berkaitan: Trend Kemalangan Disebabkan Tayar Lori Cetus Kebimbangan
Baca Artikel Berkaitan: Tular Tayar ‘Terbang’ Hingga Jadi Punca Kemalangan, Polis Saman Pemandu Treler [Video]
Source:

![Ragam Adik-beradik Cuak Minta ‘Greenlight’ Dari Bapa Untuk Kurangkan Rakaat Tarawih Cuit Hati Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)

