Bakal Ditutup? 5 Sebab Kenapa Jenama Tupperware Pernah Menjadi Kegilaan Di Malaysia

15 Apr 2023 • 12:30 PM MYT
KadangKaler
KadangKaler

Menulis kerana mindaku selalu berbicara, lantas kuluahkan dengan tulisan.

image is not available
Kualiti produk Tupperware memang sudah tidak dapat disangkalkan lagi. Kredit foto: BBC UK

Tupperware adalah salah satu jenama barang dapur yang amat popular di kalangan ibu-ibu di Malaysia. Setiap rumah pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis koleksi Tupperware.

Terbaru kita dikejutkan dengan berita kemungkinan jenama berasal dari Amerika Syarikat itu akan gulung tikar disebabkan sahamnya merosot sebanyak 50 peratus pada Isnin (10 April 2023) walaupun walaupun pulih sedikit pada Selasa (11 April 2023).

Firma berusia 77 tahun itu bimbang sekiranya tiada sokongan kewangan, Tupperware mungkin akan jatuh muflis dan terpaksa ditutup.

Melihat betapa popularnya jenama ini di Malaysia, tidak hairan sekiranya berita ini mengejutkan ramai pihak. Bagi generasi baru, mungkin mereka kurang mengerti betapa hype-nya jenama ini pada suatu ketika dahulu.

Ayuh baca di sini, penulis kongsikan beberapa sebab mengapa Tupperware pernah menjadi kegilaan terutamanya buat para ibu di Malaysia:

Pertama sekali, Tupperware terkenal dengan kualiti produknya yang tahan lama dan berkualiti tinggi. Bekas Tupperware amat tahan lasak dan sesuai digunakan untuk penyimpanan makanan yang boleh disimpan dalam masa yang lama. Kesesuaiannya digunakan dalam jangka masa yang lama serta tidak meninggalkan bahan berbahaya dalam makanan membuatkan ibu-ibu di Malaysia yang prihatin tentang kesihatan keluarga mereka memilih Tupperware.

Kedua, promosi jualan yang dilakukan melalui melalui parti Tupperware. Parti ini berkonsepkan satu acara di mana ramai wanita akan berkumpul bersama dan merka dapat membeli Tupperware dengan harga yang lebih murah.

Parti Tupperware telah mendapat sambutan baik dan menjadi satu kebiasaan di Malaysia terutamanya di kalangan ibu-ibu. Selain itu, acara ini turut menjadi salah satu tempat di mana para ibu boleh berkongsi pengalaman mereka menggunakan Tupperware, kadangkala termasuk juga dengan sesi bergosip sebagai selingan.

Ketiga, Tupperware turut terkenal dengan pelbagai aneka bekas yang mereka tawarkan. Ada bekas penyimpanan makanan bersaiz besar, ada juga yang kecil. Ini termasuk bekas untuk menyimpan minuman dan juga bekas yang boleh dipanaskan di dalam ketuhar. Ini memudahkan ibu-ibu untuk menyimpan dan menghidangkan makanan dengan lebih senang dan praktikal.

Image from: Bakal Ditutup? 5 Sebab Kenapa Jenama Tupperware Pernah Menjadi Kegilaan Di Malaysia
Pelbagai jenis bekas penyimpanan jenama Tupperware. Kredit foto: Facebook Tupperware Hub SG

Keempat, penggunaan Tupperware dapat membantu menjimatkan wang dan masa. Melalui penggunaan Tupperware, para ibu boleh menyimpan makanan dengan lebih lama justeru dapat mengelakkan pembaziran makanan.

Selain itu, bekas Tupperware juga boleh digunakan semula dan tidak perlu dibuang setelah digunakan sekali sahaja. Sifatnya yang tahan lasak ini membuatkan ibu-ibu sanggup ‘melabur’ wang membeli dan mengumpulnya.

Kelima dan akhir sekali, sebab Tupperware menjadi kegilaan para ibu di Malaysia, terdapat beberapa kisah lucu dan menarik yang berkaitan dengan Tupperware. Bahkan ada masanya kisah ini dijadikan ‘meme’ popular di media sosial.

Sebagai contoh, penulis sendiri pernah mengalami kegerunan kerana telah menghilangkan salah satu bekas Tupperware ibu. Kejadian seperti ini seringkali berlaku dalam rumah-rumah di Malaysia dan menjadi satu jenaka di kalangan para ibu dan anak-anak yang takut kehilangan belas Tupperware ibu mereka.

Kesimpulannya, kualiti produk Tupperware yang berkualiti tinggi membuatkan jenama ini menjadi kegilaan para ibu di Malaysia. Tidak lupa juga promosi jualan melalui parti Tupperware, kepelbagaian jenis bekas yang ditawarkan, penjimatan masa dan wang, serta kisah-kisah lucu yang berkaitan dengan Tupperware - membuatkan jenama ini sukar dilupakan oleh ramai rakyat Malaysia.

Walaupun terdapat ura-ura jenama ini bakal gulung tikar, kita tidak dapat menafikan betapa besar kesan yang ditinggalkan oleh jenama ini kepada semua yang pernah menggunakannya.

Di sini penulis sendiri berharap Tupperware dapat menjenamakan semula dan mengemaskini strategi jualan mereka agar jenama ini dapat kekak relevan sepanjang masa.

Rujukan:


KadangKaler adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.