
Bagi korang yang suka scroll TikTok, mesti familiar dengan konten-konten dari Imran Bard kan? Sampaikan perkataan bestieq tu pun ramai haa yang guna! Betul-betul lain macam impak dia ni.
Selepas menerpa nama sebagai model peragaan untuk Hatta Dolmat, Imran Bard masih lagi menjalani kehidupannya seperti biasa di Malaysia dan dilihatkan aktif berjalan ke sana sini di merata tempat.
Baru-baru ini juga, Imran ada memuat naik video di akaun TikToknya @imeringue2 selepas berjumpa dengan ‘kembarnya’ di Pasar Karat, Johor Bahru. Memang seiras betul!
“Periuk nasi I bakal ditutup”
Walau bagaimanapun, semalam Imran memaklumkan satu berita kurang gembira kerana dipercayai akaun TikToknya bakal disekat dari memuat naik sebarang video kerana dikatakan mempunyai unsur-unsur yang tak sepatutnya.
Periuk nasi i bakal ditutup, saya dituduh menari bogel dan melakukan aksi diluar tabii, walhal saya takde teteq nak di show off. Dah banyak kali kene padahal saya cuma playwood hidup je yang cuba menari die tiktok.
pic.twitter.com/Yz2Y3uqnXc
— Imran Bard (@imemerang) June 14, 2022
Susulan itu, ramai yang turut meluahkan rasa kecewa selepas Imran memaklumkan hal tersebut di Twitternya kerana rata-rata mengatakan sumber hiburan mereka tidak lagi boleh ditonton di TikTok buat masa sekarang.
Ujar Imran lagi, TikTok tidak boleh memuat naik sebarang video dalam masa terdekat kerana sekiranya konten seterusnya dikongsikan, akaun peribadinya akan di-banned secara kekal dan tak boleh digunakan lagi.
Alamak, habislah sumber kebahagiaan min… Huwekk!
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
