Bakal Doktor Pedo, Simpan 740 Gambar Lucah Kanak-kanak! Siap Arah Mangsa Buat Aksi Lucah!

23 Sep 2022 • 4:50 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Perbuatan jijik seorang bakal doktor yang menyimpan 740 gambar lucah dan mengarah video pornografi kanak-kanak mengundang padah apabila dia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Lelaki Bangladesh, Zobaidul Amin, 24, yang merupakan pelajar sebuah universiti swasta bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas 12 pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

image is not available

Zobaidul membuat pe­ngakuan itu selepas pertuduhan menghasilkan dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak dibacakan dalam bahasa Inggeris.

Zobaidul didakwa dengan lapan pertuduhan mengarah atau menghasilkan suatu pembuatan pronografi kanak-kanak dalam bentuk gambar dan video menggunakan aplikasi Snapchat.
Dia didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Bagi empat lagi pertuduhan, Zobaidul didakwa mempunyai suatu bahan pornografi kanak-kanak iaitu sebanyak 740 imej digital di dalam telefon bimbit, pemacu USB dan cakera keras.
Berikutan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

image is not available

Kesemua kesalahan tersebut dilakukan di sebuah rumah di Bukit Rasah di sini antara 26 ­Oktober 2021 sehingga 19 September lalu.

Kes disebut semula pada 30 November depan.