Ada Kesan Ungu Pada Tangan, Doktor Dakwa Ini ‘Hint’ Ratu Elizabeth II Akan ‘Pergi’

10 Sep 2022 • 9:46 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, kita dikejutkan dengan berita Ratu Elizabeth II yang baru sahaja meninggal dunia ketika usia 96 tahun di Balmoral, Scotland.

Seorang doktor di Australia telah mendakwa bahawa gambar-gambar Ratu beberapa hari sebelum baginda mangkat ada memberi petanda bahawa baginda bakal ‘pergi’.

image is not available

Menurut Daily Mail, Dr Deb Cohen-Jones itu mengatakan tangan Ratu Elizabeth dalam gambar tersebut terlihat ungu seakan kesan lebam dan dari segi perubatan, doktor itu mengatakan ia boleh menjadi petanda bahawa kesihatannya semakin merosot.

Gambar tersebut diambil ketika Ratu Elizabeth bertemu dengan Perdana Menteri baru United Kingdom iaitu Liz Truss di Istana Balmoral, Scotland pada Selasa lalu.

Menurut doktor terbabit, tanda ungu pada tangannya itu boleh terjadi akibat penyakit peripheral vascular iaitu sejenis masalah peredaran darah yang menyebabkan saluran darah di luar kawasan jantung dan otak tersekat atau jadi sempit.

image is not available

Masalah berkenaan juga kadang-kala boleh menyebabkan kegagalan jantung. Doktor itu juga mengatakan Ratu Elizabeth II memang akan mengalami kesakitan yang amat sangat jika benar dirinya mempunyai penyakit berkenaan.

Namun, tak dapat nak dipastikan dah berapa lama tangan Ratu Elizabeth ada kesan ungu berkenaan sebab baginda selalu memakai sarung tangan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, pihak istana tidak mendedahkan sebab atau penyakit yang dialami oleh ratu sebelum kemangkatannya, jadi apa yang diperkatakan oleh doktor itu hanyalah andaian dari sudut perubatan sahaja.

Sumber: Daily Mail

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.