Bakal Iktiraf Palestin Sebagai Negara Merdeka, Ini Pendirian Baharu Sepanyol & Norway

19 Nov 2023 • 4:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui tentang pergolakan di Palestin antara pejuang Hamas dan tentera Israel. Sejak 7 Oktober yang lalu, dunia mula membuka mata tentang keganasn yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap penduduk asal Palestin di Gaza.

Terkini, Parlimen Norway telah meluluskan resolusi yang menyeru kerajaan supaya bersedia mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka. Resolusi itu, yang dibawa oleh gabungan pemerintah pada Khamis, diluluskan selepas lapan daripada 10 parti di parlimen mengundi menyokongnya.

image is not available

Memetik laporan TRT World, resolusi itu meminta kerajaan bersedia untuk mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka, tanpa membuat perjanjian damai muktamad syarat.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Sepanyol telah mengumumkan bahawa kerajaannya akan berusaha untuk mengiktiraf negara Palestin. Ini juga berikutan beberapa negara Eropah yang mengecam dan mengutuk jenayah perang dan pencerobohan yang dilakukan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Memetik laporan Middle East Monitor, pada perbahasan di Parlimen, Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, menyatakan bahawa mereka akan menuntut gencatan senjata segera dari pihak Israel di Gaza dan pematuhan ketat terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang jelas tidak dihormati.

image is not available

Sanchez mengumumkan komitmen badan perundangan Sepanyol adalah untuk bekerja di Eropah dan di Sepanyol untuk mengiktiraf Negara Palestin.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.