Bakal Isteri Bagi Alasan Tak ‘Ready’ Kahwin Walaupun Sudah 5 Tahun Bertunang

LocalEntertainment
9 Jan 2025 • 1:24 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
bertunang

Pelik tapi benar! Seorang lelaki kini dalam dilema selepas tunangnya yang sudah lima tahun bertunang enggan berbincang soal perkahwinan.

Dalam video yang tular di TikTok, lelaki itu meluahkan rasa buntu apabila setiap kali dia cuba membincangkan perkahwinan, tunangnya memberikan alasan “tidak bersedia”.

Bakal isteri tak bersedia walaupun dah 5 tahun bertunang

@mr_meraung

Sampai bila nak macam ni, dah tunang 5tahun tapi bila discuss nak kahwin mesti bergaduh.. orang lain nak cepat kahwin..dia ? Hurmm

♬ original sound – Naim Daniel – Naim Daniel

Situasi menjadi semakin tegang apabila tunangnya mencabarnya untuk berkahwin dengan orang lain jika terlalu teringin berumahtangga.

Keadaan ini mencetuskan pertengkaran mulut antara mereka, sehingga lelaki tersebut kehabisan cara untuk memujuk tunangnya.

“Serius redflag, macam dah ada orang lain” – Netizen

Meskipun sudah lama mengikat pertunangan, wanita itu tetap berdiri teguh dengan alasannya, mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen tentang apa sebenarnya yang membuatkan dia ragu-ragu. Video tersebut meraih perhatian ramai, dengan pelbagai reaksi dan pandangan dari warganet.

image is not available

image is not available

OhmediaNasihat:

Dalam hubungan, komunikasi adalah kunci utama untuk menyelesaikan konflik. Jika terdapat isu seperti ini, penting untuk duduk berbincang dengan matang dan memahami keperluan serta perasaan kedua-dua pihak. Jika perlu, dapatkan pandangan daripada ahli keluarga untuk membantu mencari jalan keluar.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok @mr_meraung