“Semoga Pengakhiran Hidup Kami Ke Jalan Diredai” - Sengketa 7 Tahun Berakhir, Ifa Raziah & Roslan Shah Niat Buat Majlis Kesyukuran

24 Dec 2024 • 12:58 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pengacara dan usahawan, Roslan Shah memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan artis, Ifa Raziah dipermudahkan.
 

Sudah berbaik, rancang buat kenduri kesyukuran



“Saya sudah berbincang dengan Ifa, untuk tahun baru ini, saya rancang untuk buat kenduri (tahlil dan doa selamat) untuk ahli keluarga kami yang telah pergi.
 
“Insya-Allah kalau boleh, saya nak buat majlis tersebut di Singapura dan Kuala Lumpur serta turut disertai anak-anak yatim. Sambil mendoakan buat yang telah tiada, kita bersedekah dan bagi saya itu lagi afdal. 
 
“Sudah niat, azam saya. Sudah rancang dalam hati. Daripada ‘tabur duit’ pada benda lain, rasanya lebih baik untuk buat kenduri kesyukuran bersama anak-anak yatim. 



Harap pengakhiran yang baik





“Allah SWT tahu kami pendosa, banyak buat salah. Semua orang tak sempurna. Jadi Allah bagi peluang pada kami umur yang panjang ini untuk saling berbuat baik di antara satu sama lain hari ini. 
 
“Semoga pengakhiran hidup kami ke jalan yang diredai. Bila niat kita baik, insya-Allah Dia akan permudahkan. Rezeki pun akan datang dan saya percaya kasih sayang persahabatan itu masih lagi ada. 
 
“Walau kita tak jumpa, benci, meluat dan sebagainya, tapi tipulah kalau tak ada rasa kasih dan sayang walau sebesar zarah terhadap Roslan.