“Bakal Jadi Kakak Ipar Ke?” – Adik Lelaki Hangat Bercinta Dengan Aktres Remaja, Ini Respon ‘TikToker’

EntertainmentLifestyle
29 Jul 2025 • 11:09 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menerusi TikTok, pempengaruh dikenali sebagai Mira Kuku berseloroh mengatakan adiknya, Afiq Rosli masih terlalu muda untuk mendirikan rumah tangga.

Difahamkan, Mira menjawab persoalan netizen tentang adiknya yang dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon, Qistina Raisah.

image is not available

Berdasarkan potongan klip daripada siaran langsung, Mira dengan nada bergurau berkata pada pendapatnya Afiq belum mencapai tahap kematangan seorang lelaki.

Bakal kakak ipar Qistina? Budak dua orang itu, seluar dalam pun ibu bapa yang belikan lagi. Afiq dia tu hidup dalam dunia khayalan. Kalau boleh tahun ini dia nak kahwin.

Mira juga berseloroh meminta agar netizen menghentam adiknya dengan menulis komen negatif sebagai salah satu cara untuk menyedarkan Afiq.

Biar dia sedar, sebab dia pun sudah rasa diri dia terkenal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2024-10-18 09:26:18

"Saya Tak Terkesan Dengan Kutukan Netizen" - Qistina Raisah Dedah 'Followers' TikTok Naik Hampir Sejuta Selepas Video Gimik Simbah Air